IG GEMILANG RESOURCES
PROFIL RINGKAS SYARIKAT
IG Gemilang
Resources ini adalah hak milik penuh Bumiputera dan telah ditubuhkan pada 25
Mei 2011. IG Gemilang telah beroperasi di alamat No. 18-4-1,Blok F, Jalan 4/5D, Diamond Squqre
Commercial Center, 53000
Setapak, Wilayah dan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
dengan nombor pendaftaran KT0330790-V
sebagai penyedia khidmat latihan, perunding @ konsultan acara.
Antara
perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini termasuk pengurusan kem
motivasi, latihan kepimpinan, `outdoor’, `explorace’, `kursus
teambuilding’, hari keluarga, sukaneka, dan perkhemahan selain berkebolehan memberi
perkhidmat pengendalian kursus dan latihan sama ada bersifat teambuilding,
outdoor mahu pun soft-skill.
IG
Gemilang Resources didukungi oleh pasukan pengurusan yang terdiri daripada pelbagai
latar pengalaman iaitu dengan pengalaman sebagai penceramah dan perundingcara tunjang
kekuatan dan kelebihan dalam melatih dan mengukuhkan jati diri, meningkatkan
sifat kepimpinan, dan memastikan supaya emosi, kesuburan spiritual serta kecerdasan intelektual seiring dalam
pembentukan peserta yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berpegang azam nan teguh dan bermotivasi tinggi IG Gemilang
Resources yakin berjaya menjadi pemangkin untuk memastikan visi dan misi korporat yang ditetapkan dicapai selain memacu
pembangunan sosial dalam konteks modul insan.
No comments:
Post a Comment